Friday, August 30, 2013

Cara nak kenal link kat chatbox tu link tipu (iklan) atau link betul

Sebenarnya dah seminggu aku buang chatbox. Semuanya sebab aku geram dengan sikap orang yang penting diri sendiri ni. Cari untung atas angin dengan cara tak sepatutnya. Arini aku terjumpa satu tajuk yang sangat best dari owner blog ni. Dia cerita macam mana cara kita nak kenal iklan kat chatbox tu URL tipu atau betul. Meh sini aku terangkan....

 Caranya memang mudah je pon (chewah! padahal baru je tau pon). Korang jangan sesekali nak klik kat URL chatbox tu. Cukup sekadar korang  letak cursor kat situ. Contohnya letak cursor kat kotak merah chatbox tu. Pastu tengok kat bahagian bawah sebelah kiri tu (yang aku buat kotak merah tu). Yang tu adalah blog atau URL yang betul. Klik la sebagai balasan dia rajin merayau atau komen blog kita.
Ni contoh link atau URL tipu. Bila aku letak cursor dan tengok kat URL bahagian bawah kiri tu, terang lagi berlampu tinggi tunjukkan URL iklan. Ni link yang jenis amik untung atas angin. Kekadang iklan memang tak ingat. Boleh plak sesuka ati letak iklan seks. Pehal kau nak sepah kat blog aku? Disebabkan rasa geram sesangat, ada beberapa link yang aku delete dan.... BAN. Sory guys...

Hopefully lps ni kita tak bagi muka pada orang-orang gini lagi. Sekian dari aku yang geram.

1 comment: