Sunday, July 28, 2013

Harta rampasan dari Habib Jewels~~rentetan dari penipuan dalam contest

Sengaja aku kekalkan ayat yang digunakan oleh empunya diri, di mana beliau telah tertipu dengan hadiah bernilai RM25k. Alhamdulillah....dalam masa seminggu masalah ini telah selesai.
Ini hadiah yang berjaya kawan aku tuntut selepas call simplysiti masalah ini. Kesian jugak dengan dia sebab bila tanya dan luah permasalahan di page fb Habib, komen dia kena delete. Paling sadis, siap kena block lagi. Nampak sangat Habib ada masalah kat situ. Tapi sokongan kawan-kawan dan family, dapat jugak dia tuntut hak sebenar, walaupon tak berapa benar (banding hadiah yang Siti tunjuk masa promote contest tu. Blh tgk N3 aku sebelum ni yang ada gambar Siti dengan barang kemas yang dia pegang). Emas kuning jauh sekali. Tapi at least, dia dapat yg better dari sebelum ni.

Ni kata-kata kawan aku sebagai tanda bersyukur....
"Harta rampasan dari habib jewel 2 bentuk cincin dlm 8k labih....loket kecil dlm 1k lebih...rantai emas putih halus je standart dise katanya ratus labih...loket besar berbelas ribu juga tengok dia punya pick list batu dia yg mahal tak bole tukar sebab barang yg dia tunjuk skit tak cukup amount 25k lkene ambik...barang yg dia tunjuk sangat terhad ok la tu janji bole pakai..."

Apa yang aku nampak, moga apa yang terjadi pada rakan aku ini memberi semangat pada para comper kat luar sana menuntut hak sebenar terutama contest yang melibatkan barang kemas. Jangan biar orang permainkan kita sedangkan "bakat" yang kita ada dalam bercontest bukan semula jadi semata-mata tapi datang dari usaha kita menimba sana-sini.

2 comments:

  1. Sepatutnya kes sebegini dibuat official complaint ke Simplysiti dan KPDN....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia pernah ambik tindakan dgn refer KPDN utk kes2 sblm ni. Tapi KPDN cakap, kalau ia tak melibatkan kerugian, tindakan tak dapat diambil. Maknanya, KPDN anggap hadiah contest tak melibatkan kos pengguna. Tak tau dari segi mekanism mana lagi KPDN nak cover kes2 macam ni.

      Delete