Friday, May 4, 2012

Pesta buku antarabangsa---> Tak semua boleh dipestakan pun

Kali ke-2 aku ke pesta buku semalam untuk cari buku anak-anak. Jalan kaki je dari ofis. Tak lama pun ke sana tapi tetap dapat buku yang aku nak. Yang penting, google kat mana booth tersebut dulu. Kat ruang legar PWTC pun ada list nama dan no. booth yang kita nak. Tapi harga kat internet sama macam kat pesta. Ni buku yang aku maksudkan.
Memang harga asal RM39.90. Tapi kat internet hari tu aku google ada yg offer RM35. Konon2 pegi pesta buku dapat lagi murah. Takde maknanya. Kata jurujual, ni harga pesta buku kak. Bila aku tanya, kenapa sama macam yang kebanyakan internet offer? Dia cuma senyum je. Aik? Sebelum tu pernah jumpa kat Damansara Uptown dalam RM32. Tapi anak tak guna lagi, aku ignore je. Skang baru tercari2. Aku capai gak sebab atas nama KEPERLUAN. Sekolah kakak guna buku ni. Ingatkan dapat ler RM30 :).

Ni buku keluaran Sasbadi (antara booth kegilaan budak sekolah). Aku capai salah satu set untuk somebody. Today is his birthday....
Booth Utusan Karya Sdn Bhd (UKSB) pun murah2. Pada kaki novel dan budak U, ni peluang nak grab harga murah. Byk lagi booth korang boleh redah sampai Ahad ni. Last week aku beli buku cerita ala2 How Is Made (kulit tebal, dalam kertas putih jenis licin tu), dapat potongan 90%. Aku beli 4 set, bayar RM5.60 jer! Antaranya macam mana basikal dan kasut dibuat.

Tapi, aku sempat berbual dengan sorang Arab ni last week. Dia jumpa buku yang sama tapi di booth berlainan. Bila tanya, boleh ke dapat harga sekian2 sebab kat booth bawah harga macam tu? Jurujual jawab, boleh, saya bagi harga special (lebih rendah) pada awak. Maknanya, walaupun dorang dah letak harga sekian2, kita masih blh cuba bargain [kalau tak dapat, nasib ler kan :)]. At least cubalah dulu...

No comments:

Post a Comment