Monday, August 15, 2011

Puasa kat sekolah, kat rumah tak...

Dah masuk hari ke-15 puasa, baru aku sempat nak berkongsi tentang hal puasa. Hari pertama puasa, anak sulong (5 thn) bertanya, takde bekal untuk dia ke? Sebab kat sekolah cikgu tak sediakan makanan. Aku suruh dia sarapan dari rumah tanpa perlu bawa apa-apa ke sekolah walaupun air. Malu kata aku. Lagi pun ada rakan yang berpuasa (biasanya kanak-kanak 6 tahun ada yang belajar berpuasa).

Masa berbuka, aku terdengar perbualan dia. Katanya dia puasa tapi kat sekolah jer. Kat rumah tak puasa. Eh!??? Aku cuba terangkan ttg sahur dan berbuka. Nampak dia macam blur2 sikit. Then kat rumah kakak ada versi puasa lagi. Kata anak buah aku (4 tahun). Dia puasa sebab dia makan. kalau dia TAK makan, maknanya dia TAK puasa. Nampaknya dia keliru dengan perkataan "TAK". Lagi satu versi anak buah (5 thn). Dia puasa. Tapi balik jer sekolah dia terus makan. Habis makan, katanya dia puasa semula. Boleh plak macam tu.

Bila anak-anak wujudkan macam-macam versi puasa, kita kena lebih kreatif nak terangkan pasal maksud puasa. Bukan senang tau. Bagi aku, kanak-kanak yang mencuri makan masa puasa (sembunyi2 sebab takut atau malu), sekurang-kurangnya masih ada rasa malu. Bukan nak menggalakkan mencuri makan tapi dia masih ada rasa malu. Sebab aku pernah jumpa budak darjah lima selamba jer makan masa bulan Ramadhan. Sebab apa, sebab dah biasa makan depan parents dorang dan tak ada rasa malu. Betul tak?

No comments:

Post a Comment