Monday, July 19, 2010

Saham Neraka Sunway!

Siapa tengok cerita Saham Neraka hari Sabtu baru-baru ni? Aku suka sangat tengok cerita tu sebab banyak pengajaran buat orang-orang yang buta mata hati. Tapi aku bukan nak bercerita pasal saham neraka edisi TV2 tapi kali ni SAHAM NERAKA EDISI SUNWAY (under F***** C**B). Aku panggil edisi Sunway sbb benda ni bergerak di sekitar Sunway (juga aktif di Puchong, KL dan beberapa tempat).

Rakan-rakan di tempat tinggal aku sudah terkena dengan saham MLM ni sejak beberapa tahun dulu (sampai sekarang saham MLM ni aktif tau). Pendaftaran dia aje dah cecah ribu (lebih seribu). Dia ada beberapa package. Package yang rakan-rakan sejiran aku masuk lebih RM40k!. Bayangkan punya banyak dia labur (lebur sebenarnya).

Sebaik lulus jer pinjaman bank, 4 sekawan ni terus masuk saham MLM ni. Sebelum tu 4 sekawan ni dah pergi macam2 ceramah anjuran F***** C**B. Dalam event tu, macam2 janji manis ditaburkan. Ye lah, yang tabur janji manis semua berkereta besar dan mewah. Dek kerana terlalu nak cepat senang kononnya, habis lebih RM40k. Lepas bayar, mereka ni dapat sepasang baju, wallet, jam tangan, tali pinggang dan beberapa barang untuk ubah penampilan diri kononnya. Ambik! Duit dah lebur tapi tu jer dapat??? Nak dapat balik duit yang dilabur, mereka kena cari orang bawah yang perlu jugak buat pinjaman dan labur duit kat saham MLM. Ingat senang ke???

Cuma kawan2 sejiran aku cakap memang agak menggoda kalau datang event yang dorang anjurkan. Cakap memang manis. Yang pelik, 4 sekawan ni tak terfikir ditipu sebab tak pernah nampak produk MLM ni. Kononnya produk dirahsiakan hinggalah pembayaran penuh dibuat. Licik tak?

Sekarang 4 sekawan ni nama dah blacklist. Sebabnya semua buat pinjaman bank lebih RM50k dengan tempoh bayaran 4-5 tahun (alasannya yakin dapat setel pinjaman bank ni dengan cepat lepas masuk skim tak masuk akal ni). Bila aku tengok muka anak bini sorang2 memang kesian tapi benda dah jadi. Apa lagi boleh buat selain sebarkan saham MLM yang PENIPU BESAR ni. Sape nak tau nama sebenar saham MLM ni, boleh email aku. Aku tak nak rakan2 semua tertipu dengan benda2 ni. Aku geram bila ada manusia yang masih tak boleh fikir perasaan anak bini, parents dan diri sendiri yang teraniaya dan dianiaya pihak tertentu....

Sekali fikir, duit RM40k tu buat pelaburan beli emas kat maybank ke, ASB ke, jadi dealer HPA ke, Nona Roguy ke...lagi baik. Tak pun hantar parents pergi naik Haji. Tepuk mata, bukak hati. Sekian.

No comments:

Post a Comment