Monday, July 12, 2010

Facebook Kanak-Kanak


Togetherville ni fungsinya sama macam facebook. Cuma ia dikhaskan untuk kanak-kanak berumur 6-10 tahun. Info ni saya dapat dari majalah Pa&Ma. Antara ciri penting yang ada pada Togetherville ialah:

Quips
Sama seperti fungsi kemaskini status facebook. Quips memberikan pilihan teks yang telah ditetapkan pentadbir laman. Kanak-kanak cuma perlu pilih teks sesuai untuk dituliskan. Tujuannya bagi mengelakkan mereka menaip perkataan yang tidak sesuai atau tidak beradab.

Lencana
Kanak-kanak yang berjaya mengekalkan perwatakan yang baik sepanjang berinteraksi do Togetherville diberikan lencana khas.

Kerja Seni, Aplikasi dan Permainan
Ada aktiviti interaktif seperti melukis seperti buat kad ucapan dan berseronok dengan permainan terkini

Aplikasi Hadiah Maya
Memberi peluang kepada kanak-kanak menghadiahkan rakan-rakan pelbagai hadiah seperti sejambak bunga dan lain-lain penghargaan

Video
Boleh menonton, berkongsi dan mengundi video yang sudah dilulus pentadbir laman.

Akaun Togetherville hanya membenarkan ibubapa membuka akaun anak mereka dan bukan kanak-kanak sendiri. Jadi, ibubapa boleh access ke Togetherville dengan log-in melalui akaun Facebook mereka yang dirangkaikan dengan Togetherville. So, apalagi?

2 comments:

  1. oh..nama nk macam farmville pulak..nak plak ada gajah2..hihi..
    menarik gak..haha

    ReplyDelete
  2. tapi bebudak skarang lg suka fb ler wirda kan :)

    ReplyDelete