Monday, December 28, 2009

Perkembangan Bayi (Minggu ke 27 & 28)

(Baby's heart)
Minggu ke-27, bayi sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah bleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik
Kini masuk minggu ke-28, bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Kita mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. Sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu kita juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil Braxton Hiks. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negatif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.

Baby at week 28:
If your baby is a boy, his testes can already be descending (yup! Insya Allah my baby is boy). Should your baby be born around this time, he or she will have a very good chance of survival with the right medical help. Your baby measures about 35 cm and has reached the 1 kg moment!

No comments:

Post a Comment